Laman Facebook SMAPK

Salam semua.

Maaf dah lama tak update laman ni.

Sekarang kita lebih mudah berhubung melalui laman FB. Sila klik pada gambar untuk terus ke laman FB SMAPK.

Terima kasih!

Program Sireh Pulang ke Gagang

7 NOVEMBER 2009
SABTU 8.00 pg – 2.00 ptg

DI DEWAN SEKOLAH NIK MOHD MAHYUDDIN WAN MUSA

ATURCARA PROGRAM

7.30 Pagi : Ketibaan para pelajar, AJK ANADI & FASI.

8.00 : Ucapan wakil ANADI
Ucapan Penyelaras Tingkatan 5

8.15 : Persembahan Saujana

8.45 : Ceramah Motivasi “Metod Insan Cemerlang”

9.50 : Minum Pagi (DALAM DEWAN)

10.00 : Drift Show (Di Hadapan Dewan)
Diketuai oleh Afizul Azha Zakaria
(SPM 1998)

10.30 : SESI SANTAI BERSAMA GURU2 SMAPK
“MEET & GREET”

PEL. TING 5 & FASI. BERKUMPUL DALAM
DEWAN UTK MENDAPATKAN KUMP. MASING2
Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Utk Ting. 5
-Kelolaan
Bekas Pelajar SMAP Persiapan Menghadapi
SPM – Tempat LDK menurut pilihan kump.
masing.
11.30 : Ceramah Pemakanan & Kesihatan
Puan Sulhariza Husni Zain
(SPM 1998)
12.35 : Ucapan Penutup Pengetua

12.45 : Berhimpun di Hadapan Dewan
Final Drift Show

1.30 : Makan tengahari (DI KANTIN SEKOLAH)

2.00 : Bersurai

*****PAKAIAN: KEMAS & SESUAI DGN IMEJ ANDA SEBAGAI ANAK DIDIK SMAPK.

Iftar Alumni SMAPK SPM’04

iftar

Tempat : Kelana Sentral, Kelana Jaya

Tarikh : 4 September 2009

DSCF3520

Tempat : PWTC

Tarikh : 8 Sept 2009

p/s: tahun depan mesti datang ramai-ramai!

Iktibar Kehidupan II

Sesekali hatiku berbicara tentang hakikat hayatku di dunia

Adakah hanya untuk seketika

Atau di sana adanya rahsia

Hidup di dunia

Yang penuh tipu daya

Pendaulatan nafsu ada di mana mana

KepadaMu Tuhan

Daku pasrahkan

Memohon petunjuk sumber keimanan

Oh Tuhanku batinku merayu

Pimpinlah daku ke arah redhaMu

Kerana dulu ku mengikut nafsu

Memerlukan taufiq dalam kehidupan

Oh Tuhanku ampuni dosaku

Kerana derhaka pada perintahMu

Kerana jiwa ku yang kekosongan

Mengharapkan rahmat dalam perjalanan

al-Wadi (1995)

Lirik ini mengingatkan saya kenangan di zaman persekolahan di SMAP Kajang. Ketika itu lagu al-Wadi (kumpulan nasyid Malaysia di Universiti al-Azhar, Mesir sangat terkenal). Mengingatkan juga diri kita betapa hakikat kehidupan dunia ini, penuh dengan godaan dan cabaran. Ia memerlukan petunjuk, tawfiq dan hidayah Allah dalam menghadapinya, kerana nafsu dan syaitan tidak akan jemu memperdaya kita semua!

-dipetik dari blog Ustaz Izwan Yusof (SPM 97)

Rindu Zaman Sekolah