Category Archives: Santai

Laman Facebook SMAPK

Salam semua.

Maaf dah lama tak update laman ni.

Sekarang kita lebih mudah berhubung melalui laman FB. Sila klik pada gambar untuk terus ke laman FB SMAPK.

Terima kasih!

Iktibar Kehidupan II

Sesekali hatiku berbicara tentang hakikat hayatku di dunia

Adakah hanya untuk seketika

Atau di sana adanya rahsia

Hidup di dunia

Yang penuh tipu daya

Pendaulatan nafsu ada di mana mana

KepadaMu Tuhan

Daku pasrahkan

Memohon petunjuk sumber keimanan

Oh Tuhanku batinku merayu

Pimpinlah daku ke arah redhaMu

Kerana dulu ku mengikut nafsu

Memerlukan taufiq dalam kehidupan

Oh Tuhanku ampuni dosaku

Kerana derhaka pada perintahMu

Kerana jiwa ku yang kekosongan

Mengharapkan rahmat dalam perjalanan

al-Wadi (1995)

Lirik ini mengingatkan saya kenangan di zaman persekolahan di SMAP Kajang. Ketika itu lagu al-Wadi (kumpulan nasyid Malaysia di Universiti al-Azhar, Mesir sangat terkenal). Mengingatkan juga diri kita betapa hakikat kehidupan dunia ini, penuh dengan godaan dan cabaran. Ia memerlukan petunjuk, tawfiq dan hidayah Allah dalam menghadapinya, kerana nafsu dan syaitan tidak akan jemu memperdaya kita semua!

-dipetik dari blog Ustaz Izwan Yusof (SPM 97)

Rindu Zaman Sekolah

Kembali ke Alma Mater – SMAP Kajang

Setelah 13 tahun meninggalkan SMAP Kajang iaitu sejak selesai peperiksaan SPM 1995, saya akan kembali ke sekolah ini pada 18/10/2008 (Sabtu). Kepulangan saya adalah hasil jemputan guru yang dikasihi, CIkgu Mohd Muaidi Idris, Guru Penolong Kanan (Ko-Kurikulum) yang menjemput saya merasmikan Hari Anugerah Kokurikulum SMAPK 2008 yang juga Jamuan Eid al-Fitri sekolah. Terima kasih cikgu atas penghormatan ini.

Saya mula mendaftarkan diri di SMAPK pada 15/12/1990 sebagai seorang anak penoreh getah/ tukang rumah. Dengan dialek Terengganu yang pekat, saya mula bergaul dengan anak-anak teknokrat, duta, pensyarah dan sebagainya. Alhamdulillah, SMAPK amat memberi kesan dalam pembangunan diri saya sehingga hari ini dapat turut serta dalam membangunkan agama dan negara.

Di sinilah saya belajar mengenali diri sendiri dan menyuntik semangat bagi mengubah nasib keluarga dan seterusnya skala lebih besar. Di sinilah saya belajar memimpin, diberi peluang menjadi Ketua Umum dan mengetuai Badan Dakwah dan Tarbiyyah. Di sinilah saya belajar pelbagai perkara, berkat jasa guru-guru yang telah mengatur satu sistem pengajian dan extra pengajian yang “sepatutnya” membentuk insan yang sempurna.

Sehingga ini saya masih tidak lupa saat-saat bersama-sama guru-guru yang cukup membimbing sehingga saya berada dimana saya berada hari ini.  Terima kasih SMAP Kajang….

oleh : Ustaz Nazri Chik (KU SMAPK 1995)

Lailatul Qadar

“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah.

Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya Abah.

“Lailatuqadar, ” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

“Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah.” sambung Abah.

Oleh-WMF