Kembali ke Alma Mater – SMAP Kajang

Setelah 13 tahun meninggalkan SMAP Kajang iaitu sejak selesai peperiksaan SPM 1995, saya akan kembali ke sekolah ini pada 18/10/2008 (Sabtu). Kepulangan saya adalah hasil jemputan guru yang dikasihi, CIkgu Mohd Muaidi Idris, Guru Penolong Kanan (Ko-Kurikulum) yang menjemput saya merasmikan Hari Anugerah Kokurikulum SMAPK 2008 yang juga Jamuan Eid al-Fitri sekolah. Terima kasih cikgu atas penghormatan ini.

Saya mula mendaftarkan diri di SMAPK pada 15/12/1990 sebagai seorang anak penoreh getah/ tukang rumah. Dengan dialek Terengganu yang pekat, saya mula bergaul dengan anak-anak teknokrat, duta, pensyarah dan sebagainya. Alhamdulillah, SMAPK amat memberi kesan dalam pembangunan diri saya sehingga hari ini dapat turut serta dalam membangunkan agama dan negara.

Di sinilah saya belajar mengenali diri sendiri dan menyuntik semangat bagi mengubah nasib keluarga dan seterusnya skala lebih besar. Di sinilah saya belajar memimpin, diberi peluang menjadi Ketua Umum dan mengetuai Badan Dakwah dan Tarbiyyah. Di sinilah saya belajar pelbagai perkara, berkat jasa guru-guru yang telah mengatur satu sistem pengajian dan extra pengajian yang “sepatutnya” membentuk insan yang sempurna.

Sehingga ini saya masih tidak lupa saat-saat bersama-sama guru-guru yang cukup membimbing sehingga saya berada dimana saya berada hari ini.  Terima kasih SMAP Kajang….

oleh : Ustaz Nazri Chik (KU SMAPK 1995)

10 responses to “Kembali ke Alma Mater – SMAP Kajang

  1. Assalamu’alaykum. Tahniah buat Abang Nazri Chik. Ingat lagi kenangan zaman kepemimpinan 1995. Semoga beroleh kejayaan. By the way, rasanya kat tajuk tu sepatutnya Alma Mater kot…

    • Assalamualaikum Irwan.

      Saya Zaki (batch & sekelas Nazri Chik) dulu. Ingat tak lagi? Saya rasa masih ingat ni Izwan yang mana satu ni… dulu jaga bilik junior dgn KP batch saya yg mana satu ye?

  2. Assalamu’alaykum.
    Saya antara batch terawal yg mendapat didikan di SMAP Kajang tercinta ini(SPM 1992). Masa saya mendaftar, pohon2 masih bantut, jalan raya masih baru ditar, pokok getah lebat di estet belakang pagar dan yg paling best, ada perkuburan di situ, buat budak jahat insaf sikit. Ustaz Saim pengetua dan Ustaz Wan Akashah adalah antara pemberi tazkirah pagi yg konsisten.
    Semalam saya pegi makan sate kajang hj samuri dlm perjalanan balik dari KL menghala JB (kerja di Pasir Gudang sekarang). Lepas makan teringin nak carik balik SMAP, tapi alangkah malangnya saya tak jumpa. Puas pusing 2-3 kali. Ya Allah bandar Kajang ni dah jauh berubah since I last visited in 1992! Dah frust carik tak jumpa, member pun dah boring, kami pon balik lah. Hampa betul saya.. next time mmg kena masuk wikimapia semula gamaknya..

  3. salam..hehe.

    kira kak noraidalin ni super super senior nih..

    kami yang baru 4,5 tahun tinggalkan smapk pun da pening jgk dgn jalan2 kat kajang..haha..

    hurm..bila la nk ada reunion alumni smapk..teringin nk jumpa super2 senior yg lama2…

  4. Insya Allah kumpulan nasyid smap Kajang ( ALL FOR UMMAH ) baru siap merakamkan album terbaru feat bersama Hafiz Hamidun. Tunggukan kelahiran album terbaru. Mengandungi rentak pop, inang, jazz, world music, rap dan banyak lagi.

  5. Salam…
    dah besar skrg ni ko yer nazri cik ku…. dah guna title “ustaz” …. “barakallah alai ka”…. jadi org politik skrg nie ker…. dulu ustaz kan pernah satu dorn ngan saya….

    • Dwen….

      Hang kat seberang jaya lagi ke? aku jumpa cousin hang yang nama Mamduh tu (Mamduh tu antara manusia terawal di SMAP Kajang dulu SMAP Kajang tumpang di SMAP Labu, Mamduh tu tumpang kat Labu 6 bulan pastu masuk Kajang plak)

      Hang pun ustaz gak. How tu contact hang?

  6. Assalamualaikum,

    Sebenarnya akak ni boleh dikatakan one of pioneer SMAPK masa baru-baru bukak.Lepas SRP sekolah asrama agama di Penang, dapat tawaran form 4 kat sana. Kira batch SPM 1991, macam Noraidalin..seronoknya kat sana sebab dapat ramai kawan dari seluruh semenanjung malaysia. tapi semua dah lost contact. tetapi kenangan disana tetap bersemadi di hati. betul mcm kata Noraidalin, yang akak ingat Ustaz wan akashah warden kat sana masa tu le, sbb dia glamour sekarang..tapi masa tu kita tak pulak dapat bersua muka dengan ustazah norbaayah

  7. giler la abg KU kita ni..tahun 95, sy baru form 1..naqibnya fahzan fahmi, satu batch ngan KU..dan pernah makan penampar dgn KU & fahzan fahmi..kemmah kemim mu lenim…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s