Eratkan Kembali Perhubungan Para Alumni

Assaamualaikum W.B.T.

Setelah agak lama tidak mengemaskini laman blog ini, pada hari ini pihak moderator dan teman-teman mula mendapat ilham dan semangat baru untuk terus memperkasakan laman tautan ukhuwwah ini.

Teman-teman alumni semakin peka pada penggunaan teknologi yang kian canggih.Rata-rata di kalangan alumni SMAPK sedah memiliki laman blog dan laman-laman sosial yang lain seperti Facebook,Friendster,Myspace dan sebagainya.

Justeru blog alumni ni diharapkan akan menjadi pelengkap kepada sebarang intrumen perhubungan yang telah dimiliki.

Teman-teman alumni dijemput untuk menyumbangkan samada artikel ataupun info di laman ini.Sebarang cadangan,pandangan boleh dibuat ke emel smapk_alumni@yahoo.com

salam hormat

moderator

Advertisements

Kembali ke Alma Mater – SMAP Kajang

Setelah 13 tahun meninggalkan SMAP Kajang iaitu sejak selesai peperiksaan SPM 1995, saya akan kembali ke sekolah ini pada 18/10/2008 (Sabtu). Kepulangan saya adalah hasil jemputan guru yang dikasihi, CIkgu Mohd Muaidi Idris, Guru Penolong Kanan (Ko-Kurikulum) yang menjemput saya merasmikan Hari Anugerah Kokurikulum SMAPK 2008 yang juga Jamuan Eid al-Fitri sekolah. Terima kasih cikgu atas penghormatan ini.

Saya mula mendaftarkan diri di SMAPK pada 15/12/1990 sebagai seorang anak penoreh getah/ tukang rumah. Dengan dialek Terengganu yang pekat, saya mula bergaul dengan anak-anak teknokrat, duta, pensyarah dan sebagainya. Alhamdulillah, SMAPK amat memberi kesan dalam pembangunan diri saya sehingga hari ini dapat turut serta dalam membangunkan agama dan negara.

Di sinilah saya belajar mengenali diri sendiri dan menyuntik semangat bagi mengubah nasib keluarga dan seterusnya skala lebih besar. Di sinilah saya belajar memimpin, diberi peluang menjadi Ketua Umum dan mengetuai Badan Dakwah dan Tarbiyyah. Di sinilah saya belajar pelbagai perkara, berkat jasa guru-guru yang telah mengatur satu sistem pengajian dan extra pengajian yang “sepatutnya” membentuk insan yang sempurna.

Sehingga ini saya masih tidak lupa saat-saat bersama-sama guru-guru yang cukup membimbing sehingga saya berada dimana saya berada hari ini.  Terima kasih SMAP Kajang….

oleh : Ustaz Nazri Chik (KU SMAPK 1995)

Lailatul Qadar

“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah.

Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya Abah.

“Lailatuqadar, ” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

“Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah.” sambung Abah.

Oleh-WMF

Harga Minyak Naik Lagi

Amati lah harga – harga di atas. Malaysia sebagai negara yang empunya koleksi petroleum sendiri malahan turut menjadi pengeluar dan pengeksport masih tidak dapat membendung kenaikan harga minyak ini.

Continue reading

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum!

Selamat Datang.

Laman ini akan menyiarkan berita-berita berkaitan dengan smapk,coret-coret berkaitan alumni smapk dan artikel-artikel tulisan alumni smapk.Dijemput untuk sama-sama mengimarahkan laman ini.

Sesiapa yang berminat untuk menjadi penulis, sila emelkan nama + no telefon kepada emel smapk_alumni@yahoo.com