www.alumni-smapk.com

Entries categorized as ‘Santai’

Iktibar Kehidupan II

July 18, 2009 · Leave a Comment

Sesekali hatiku berbicara tentang hakikat hayatku di dunia

Adakah hanya untuk seketika

Atau di sana adanya rahsia

Hidup di dunia

Yang penuh tipu daya

Pendaulatan nafsu ada di mana mana

KepadaMu Tuhan

Daku pasrahkan

Memohon petunjuk sumber keimanan

Oh Tuhanku batinku merayu

Pimpinlah daku ke arah redhaMu

Kerana dulu ku mengikut nafsu

Memerlukan taufiq dalam kehidupan

Oh Tuhanku ampuni dosaku

Kerana derhaka pada perintahMu

Kerana jiwa ku yang kekosongan

Mengharapkan rahmat dalam perjalanan

al-Wadi (1995)

Lirik ini mengingatkan saya kenangan di zaman persekolahan di SMAP Kajang. Ketika itu lagu al-Wadi (kumpulan nasyid Malaysia di Universiti al-Azhar, Mesir sangat terkenal). Mengingatkan juga diri kita betapa hakikat kehidupan dunia ini, penuh dengan godaan dan cabaran. Ia memerlukan petunjuk, tawfiq dan hidayah Allah dalam menghadapinya, kerana nafsu dan syaitan tidak akan jemu memperdaya kita semua!

-dipetik dari blog Ustaz Izwan Yusof (SPM 97)

Categories: Santai

Rindu Zaman Sekolah

June 1, 2009 · Leave a Comment

Ini gambar tahun 2000, ketika saya masih seorang pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.Rindu pada teman-teman lama yang pernah hidup sebumbung.

Jadi budak form 1 sememangnya sengal.Saya tak boleh lupa masa Minggu Orientasi Tingkatan 1.Kawan baik saya, Sharif Ahmad al Kelantani yang bergegas ke tandas apabila diminta untuk memperkenalkan diri di kalangan kawan-kawan kelas 1 Neptun.Spontan dia melarikan diri dan kami pula terbahak-bahak ketawa.

Tak boleh lupa jugak fenomena mencipta istilah baru.SMAPK ada banyak istilah-istilah baru yang kami mula pelajari masa di tingkatan satu.Antaranya:

1) Isngat maknanya tak ingat.
2) Tashu maknanya tak tahu.
3) Bascer maknanya tak baca.
(Huruf s yang di tambah di tengah-tengah akan membawa makna sebaliknya)

4) Sodorm maknanya solat dalam dorm (antara perkara terkutuk pada ketika itu).
5) Kareb maknanya buang air besar.
6) …

dan banyak lagi..saya pun tak berapa nak ingat..Cuma saya yakin,kalau dikumpulkan kesemuanya mungkin boleh dihasilkan satu kamus.Kamus Istilah SMAPK..haha..

Apapun, zaman sekolah semenangnya terlalu indah untuk dikenang-kenang…

**dipetik dari blog Hasbie

Categories: Santai

Kembali ke Alma Mater – SMAP Kajang

October 29, 2008 · 9 Comments

Setelah 13 tahun meninggalkan SMAP Kajang iaitu sejak selesai peperiksaan SPM 1995, saya akan kembali ke sekolah ini pada 18/10/2008 (Sabtu). Kepulangan saya adalah hasil jemputan guru yang dikasihi, CIkgu Mohd Muaidi Idris, Guru Penolong Kanan (Ko-Kurikulum) yang menjemput saya merasmikan Hari Anugerah Kokurikulum SMAPK 2008 yang juga Jamuan Eid al-Fitri sekolah. Terima kasih cikgu atas penghormatan ini.

Saya mula mendaftarkan diri di SMAPK pada 15/12/1990 sebagai seorang anak penoreh getah/ tukang rumah. Dengan dialek Terengganu yang pekat, saya mula bergaul dengan anak-anak teknokrat, duta, pensyarah dan sebagainya. Alhamdulillah, SMAPK amat memberi kesan dalam pembangunan diri saya sehingga hari ini dapat turut serta dalam membangunkan agama dan negara.

Di sinilah saya belajar mengenali diri sendiri dan menyuntik semangat bagi mengubah nasib keluarga dan seterusnya skala lebih besar. Di sinilah saya belajar memimpin, diberi peluang menjadi Ketua Umum dan mengetuai Badan Dakwah dan Tarbiyyah. Di sinilah saya belajar pelbagai perkara, berkat jasa guru-guru yang telah mengatur satu sistem pengajian dan extra pengajian yang “sepatutnya” membentuk insan yang sempurna.

Sehingga ini saya masih tidak lupa saat-saat bersama-sama guru-guru yang cukup membimbing sehingga saya berada dimana saya berada hari ini.  Terima kasih SMAP Kajang….

oleh : Ustaz Nazri Chik (KU SMAPK 1995)

Categories: Santai

Lailatul Qadar

October 25, 2008 · Leave a Comment

“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah.

Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya Abah.

“Lailatuqadar, ” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

“Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah.” sambung Abah.

Oleh-WMF

Categories: Santai