Seringkali kita merasa keseorangan dan kesunyian.Perasaan itu lebih ketara apabila kita ditimpa musibah dan ujian.MemangĀ diakui betapa keadaan itu cukup payah untuk dilalui.
Kadang-kadang kita merasa jiwa terlalu sunyi dan membosankan.Kadang-kadang kita merasa sesuatu bebanan yang dipikul cukup berat dan kita seolah-olah tidak mampu memikulnya.
Tapi…
Benarkah kita sendiri keseorangan?Benarkah tiada yang dekat dengan kita terutamanya pada saat-saat itu?
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”
(ayat 186 al baqarah)
Oleh : Mohd Hasbie Muda


1 response so far ↓
Wan Ahmad 'Azarimy // January 27, 2009 at 4:38 am |
Assalamualaikum buat semua,
Saya tak tahu nak berkata-kata di mana setelah terjumpa blog ni, jadi rasanya tak salah saya menulis di sini. Saya adalah salah seorang bekas pelajar SMAPK dan merupakan ketua umum (KU) tahun 1993. Dah lama saya tak berjumpa dengan guru-guru dan rakan-rakan, malah adik-adik yang sempat bersama saya dulu.
Tahniah atas pembinaan portal sekolah dan juga blog khas untuk alumni. Semoga SMAPK sentiasa cemerlang walau pelbagai dugaan sosial yang mendatang.
Salam ukhuwah daripada saya..