www.alumni-smapk.com

Entries from October 2008

Kembali ke Alma Mater – SMAP Kajang

October 29, 2008 · 9 Comments

Setelah 13 tahun meninggalkan SMAP Kajang iaitu sejak selesai peperiksaan SPM 1995, saya akan kembali ke sekolah ini pada 18/10/2008 (Sabtu). Kepulangan saya adalah hasil jemputan guru yang dikasihi, CIkgu Mohd Muaidi Idris, Guru Penolong Kanan (Ko-Kurikulum) yang menjemput saya merasmikan Hari Anugerah Kokurikulum SMAPK 2008 yang juga Jamuan Eid al-Fitri sekolah. Terima kasih cikgu atas penghormatan ini.

Saya mula mendaftarkan diri di SMAPK pada 15/12/1990 sebagai seorang anak penoreh getah/ tukang rumah. Dengan dialek Terengganu yang pekat, saya mula bergaul dengan anak-anak teknokrat, duta, pensyarah dan sebagainya. Alhamdulillah, SMAPK amat memberi kesan dalam pembangunan diri saya sehingga hari ini dapat turut serta dalam membangunkan agama dan negara.

Di sinilah saya belajar mengenali diri sendiri dan menyuntik semangat bagi mengubah nasib keluarga dan seterusnya skala lebih besar. Di sinilah saya belajar memimpin, diberi peluang menjadi Ketua Umum dan mengetuai Badan Dakwah dan Tarbiyyah. Di sinilah saya belajar pelbagai perkara, berkat jasa guru-guru yang telah mengatur satu sistem pengajian dan extra pengajian yang “sepatutnya” membentuk insan yang sempurna.

Sehingga ini saya masih tidak lupa saat-saat bersama-sama guru-guru yang cukup membimbing sehingga saya berada dimana saya berada hari ini.  Terima kasih SMAP Kajang….

oleh : Ustaz Nazri Chik (KU SMAPK 1995)

Categories: Santai

Lailatul Qadar

October 25, 2008 · Leave a Comment

“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah.

Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya Abah.

“Lailatuqadar, ” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

“Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah.” sambung Abah.

Oleh-WMF

Categories: Santai