www.alumni-smapk.com

Betul Ke Gadis Terengganu Kasar ?

June 13, 2008 · 4 Comments

Malam tadi saya sempat berbual dengan abang Zam (Teman UM).Topiknya macam biasalah.Bab-bab rumahtangga dan terselit sedikit tentang sastera Melayu.Tapi banyaknya tentang soal jodoh, pinangan dan bakal-bakal calonlah.

Ada satu cerita itu tentang kawannya, seorang teruna yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang awek Terengganu.Tapi bila hantar rombongan meminang, pihak laki-laki terus ubah fikiran untuk tidak teruskan hasrat itu.

Menurut abg Zam, alasannya cuma kerana pihak perempuan (terutamanya ahli keluarga perempuan) dilihat amat kasar seolah-olah kurang ajar.Terkejut juga saya.Bagi saya,aweks-aweks atau mak cik-mak cik Terengganu biasa saja.Macam rakyat negeri lain jugak :)

Nak kata kasar pun tidak.nak kata lembut lagilah tidak.Cuma peramah dan ‘Gasang‘ sikit dalam percakapan mereka.Bagi orang yang tak biasa,memang lah nampak kasar.

Berbeza dengan orang Kelantan,gaya marah mereka pun nampak lembut.Tapi itulah budaya.Kita perlu faham keadaan dan waqi’ tempat itu dahulu,baru kita muda memahami budaya mereka.

Saya sebenarnya nak ulas panjang lagi tentang soal ni.Tapi masa macam tak berapa nak cukup.Ada slide pembentangan yang nak disiapkan.

Ok lah jumpa lagi nanti. :)

sumber:http://hasbie.blogspot.com

Categories: Uncategorized
Tagged: , , ,

4 responses so far ↓

  • azman // July 6, 2008 at 10:14 am | Reply

    dulunya aku tak prefer juga kawin dengan org tranung, tetapi jodoh nak buat macam mana, aku lahir kat Terengganu, belajar kat Terengganu, kawin pun dengan orang Terengganu, kerja pun kat Terengganu. Pendekata semuanya kat terengganu padahal aku cukup tak berkenan dengan orang terengganu ni. Alhamdulillah sekarang dah ada 4 anak hasil aku kawin org terengganu…..Bangga gak…

  • ali // June 23, 2009 at 9:46 am | Reply

    soh org gganu gasang…dok soh cari lah deme deme ni

  • amirharrier // September 14, 2009 at 6:56 am | Reply

    macam org kelantan baik2 pun…pompuan kelantan lagik teruk dr terengganu…tertipu jew dgn kelembutan mereka…masakla sape yg kene…huhuhu

  • pocong // September 14, 2009 at 7:00 am | Reply

    aku setuju ngan amir….tertipu doww!!!!beuty is liar jewww!!!! bini skang org terengganu…baik jeww..kasar tu bukan kasar sampai xder maruah dan harga diri pun.ckp dorang je ader ”g” .xkenal maka xcinta dah kenal jatuh cinta dowww!!

Leave a Comment